Tips menghalau/memerangkap Nyamuk

Posted by Unspeakablechunks 00:42

asal aku balik kampung je, nyamuk mesti nak gigit kulit halus mulus aku ni.. Gatal bukan main! Kadang-kadang aku tak dapat nak tidur malam. Pasang ubat nyamuk pun tak jadi. Hmm.. Muka adik aku habis kena gigit nyamuk, merah2 muka dia.. Nyamuk dah a besar.. kaki pulak ada belang2 putih, macam nyamuk AEDES ajer.  Koloni nyamuk ni dh RESISTANT dengan RIDSECT dan segala jenis ubat nyamuk! Aiyakk!! Tak makan saman punya nyamuk.. Dorang gigit sampai buncit perut, then tak boleh terbag tinggi.. Bila dah jadi macam tu, mak aku pun pergi belasah nyamuk bedebah ni.. Pecah perut dorang. Habis darah nyamuk aka darah kitorang yang dihirup melekat kat dinding. Bukan stakat malam hari je dorang berkeliaran, siang hari pun ada...( sambil katok nyamuk). So, aku google la kat internet mana tau kot2 ada cara tradisional yang boleh dipakai kan... Hope menjadi la nanti...


source: http://bisikanoasis.blogspot.com/2010/10/tipscara-mudah-dan-murah-menghalau.html



TIPS:CaRa MuDaH dAn MuRaH MeNgHaLaU nYaMuK



Kalau digigit nyamuk bukan sahaja gatal malah boleh membawa penyakit denggi yang membawa maut. Kata orang mencegah lebih baik dari merawat, begitu juga dengan nyamuk ni. Sebelum mereka membiak, hapuskan dahulu tempat pembiakan nyamuk.
Kalau rumah kita ada nyamuk, pelbagai cara nak membunuh atau menghalau atau menghalang nyamuk dari mengigit kita. Biasanya orang menggunakan spray nyamuk yang bukan sahaja membunuh nyamuk tapi silap-silap kita yang terkena kesan jangka panjang angkara bahan kimia ni.
Kalau nak menghalau biasanya orang menggunakan lingkaran ubat nyamuk yang baunya macam hampeh tu atau menggunakan cara moden yang menggunakan air atau kepingan yang menggunakan elektrik. Dan kalau nak menghalang nyamuk gunakan cara lama – pasang kelambu.
Ok kali ni isuhangat ingin berkongsi satu cara terbaru iaitu memerangkap nyamuk. Benda ni kita boleh buat sendiri dengan bahan-bahan yang murah.

Bahan-bahan dan tool yang diperlukan.
1. Botol air minuman 1.5 liter
2. Gunting
3. 200 ml air
4. 50 gram gula merah
5. 1 gram ragi
6. Kertas atau kain hitam



Cara pembuatannya:
1. Potong botol di bahagian tengah, simpan di mulut botol dan bahagian bawah botol.mosquito
2. Campur gula merah dengan air panas. Biarkan sehingga sejuk dan kemudian tuangkan di separuh bagian potongan bawah botol.
mosquito
3. Tambahkan ragi. Tidak perlu dikacau. Ini akan menghasilkan karbon dioksida.
mosquito
4. Pasang/masukkan potongan botol bahagian atas dengan posisi terbalik seperti corong.
mosquito
5. Bungkus botol dengan sesuatu yang hitam, kecuali di bahagian atas, dan diletakkan di beberapa
sudut rumah Anda.
mosquito
6. Dalam dua minggu, anda akan melihat banyak nyamuk yang terperangkap dan mati di dalam botol.
mosquito



P/S: Selamat mencuba!

0 Response to "Tips menghalau/memerangkap Nyamuk"

Post a Comment