Kenangan itu.. Ya.. kenangan itu menggamit lagi.. kenangan yang amat pahit untuk aku telan... Mungkin lebih pahit dari air kopi tanpa gula? Kawan yang disangka boleh diharap, rupa2nya musuh ketat aku selama ni. Rupa2nya ada gunting dalam lipatan. Celaka kau! Disebabkan kau, perwatakan aku berubah menjadi lebih kasar. Aku dah tak percaya kan sesiapa lagi kat dunia ni.. Semua penipu! Dunia memang sangat kejam dengan aku.. Tak masuk itu lagi, kakak angkat yang aku percaya pun menipu aku! WTH!! Kenapa semua orang nak menipu hah!! Sekarang hati aku begitu keras untuk mempercayai sesiapa. Sorry to say, hatiku sudah tidak dapat lagi menerima segala penipuan BODOH mereka!! Aku harap mereka menerima balasan yang setimpalnya kerana menganiayai aku selama ini!!
Tak payah nak sound sangat la kan cara penulisan aku.. kandungan blog aku ke ape ke kan.. aku punya blog, so suka hati aku lah nak tulis ape pon! Kau peduli apa?? Wa takder kacau lu punya kawasan ma. Baik sikit. Lu ingat lu hebat, lu boleh sound2 wa mentah macam tu?? Lu blum kenal sapa wa. Setakat dalam alam maya blogging wa tak kisah bro..sis... asal wa happy conteng2 blog wa.. Bukan wa conteng blog lu pun.. Tak payah nak sentap sangat la kan...
Tiba2 je aku rasa rindu pulak zaman aku sekolah asrama dulu. sebab apa ek? sebab 5 tahun aku kongsi hidup zaman remaja aku dengan kawan2 rapat aku. sekarang masing2 dah sambung belajar kat dalam negara dan oversea. semua hebat. bangga aku.
Teringat balik dulu banyak benda bodoh aku pernah buat masa sekolah asrama dulu. Antaranya:
1. Ponteng PREP. Dah la ponteng p tidoq dalam surau plak tuh. baik punya ponteng. HAHA. lastly, kena tangkap dengan warden. terus BLACKLIST nama ku. Kitorang siap lari lagi, then warden gegeh mengejar. Lelah dia. So, aku pun kesian and memberhentikan larianku yg agak laju. KAH3..
2. Bawak handphone. Waktu tu sekolah aku amat melarang keras kitorang bawak handset. So, aku bawak jugak curi2. Masa spotcheck, kitorang main sorok bawah tempat persembunyian rahsia bawah tanah. HOHO. selamat lah.
3. Masuk dalam tasik tengah2 malam tangkap katak untuk eksperimen Bio. Punya la aku and the geng semangat meredah tasik tu, alih2 dapat katak cekeding je. nak belah pun tak sanggup. Dah la kena tangkap dengan HEA. memang lagi kena BLACKLIST namaku.
4. Fly. ni aku buat bila aku n the geng bosan makan makanan kat Dewan Selera tu. So, aku pun ikut jalan belakang asrama. Pintu pagar kitorang dah potong kat bawah tu senang la nak keluar. HO3.
5. Tiru sign warden. Ni aku buat bila nak outing. Warden tak bagi aku keluar tapi aku bertekad jugak nak keluar. Lastly, aku tiru sign dia. HEHE..Nasiblah pakguard tak perasan.
Manusia sering menggunakan perumpamaan haiwan untuk ditujukan kepada seseorang.. seperti contoh malu-malu kucing...Meowwww... Pemes kaum kerabat kucing jah... HOHO... persoalannya, adakah kucing pun reti malu mcm manusia? OR adakah kucing ini menyerupai manusia????...
Adakah begini reaksi kucing2 yg sgt pemalu??...u decide...
Auwww... malu i jah..
Uhuk3..jgn la ambik pic sy nie.. sakit mata tauuu...Meowww!
Ehek3...Jgn la mcm ni u.. i segan auwww....Lobe u too...
Wanginyerr daun nie...nak mkn la..nyum2!
Erkk... seriously, mcm ni ker ragam manusia if termalu-malu???...Uhuk...Why not kite tukar pepatah? Malu-malu pohon semalu? HOHO...Ape2 jer lah...
Posted in
kucing,
lawak,
malu,
melayu,
pepatah
First time aku jumpa universiti yang kuat menyaman students.
Kesian adik aku minggu lepas baru je kena saman. Dah la dia budak foundation.
Dia kena saman pun sebab tak register laptop. Saman dah la RM50. Lepas tu yang
menyaman tu pulak cakap boleh buat rayuan dikurangkan bayaran saman tu. So,
adik aku pergi la buat rayuan. Punya la panjang berjela dia tulis kan, tup tup
kena reject?? WTH kn!! Alasannya laptop yg tak diregister tak leh buat rayuan
padahal before ni rumets adik aku buat rayuan boleh je. Macam bongok betul! Ni
la payah betul study kat public university ni. Semua benda nak kena saman.
Saman bukannya sikit, BANYAK pulak tu! Nampak sgt nak kutip duit from students.
A big fat WTH to penyaman!!
Weh, kalau adik aku ni anak menteri ada ke geng2
penyaman ni berani nak saman??? Takder kan? Nampak sgt pihak atasan ni perguna
students untuk kepentingan dorang. Anak sendiri tak payah saman tapi anak
rakyat yang miskin papa kedana dia nak saman! Konon la Rakyat didahulukan
pencapaian diutamakan ( maksudnya rakyat didahulukan membayar saman2 n cukai2
untuk pencapaian kekayaan Datin R!). Students pun kena saman. Ni dah tahap
desperate sgt r tuh nak kasi bini dia makan. Mak aih baju harga beribu, cincin
berjuta. Kau ambik kat mana duit2 tu datin R oiiii!!! Dari saman2 students
jugak kn?? Kau ingat lah, nanti kat akhirat kau jawab lah semua kekayaan yg kau
dpt tu dari mana. Seriously, saman yang adik aku kena tu memang tinggi dari yg
sepatutnya.
Mood: Emo petala ke-8