Dari KB ke KT 7 jam 30 minit??!!

Posted by Unspeakablechunks 23:04






Perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu mengambil masa yang agak lama dari biasa. Ni semua gara-gara naik bas lompat.. Kalau naik bas direct ambik masa 2 jam 30 minit je. Tapi bila naik bas lompat ambik masa dalam 7 jam 30 minit. Lama tak lama. Gila tak gila kan. Berapa kali tukar bas. Adess...Macam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Terengganu je.. Padahal dekat je kot.. Kitorang tunggu bas lompat dekat pasir puteh nak ke kuala besut tapi takde pulak dah hari selasa.. Bas jalan hari jumaat je ke kuala besut.. 


Then, naik lah bas ke jertih yang mengambil masa lebih setengah jam. Bila sampai jertih, cari r bas ke kuala Besut pulak.. Tunggu punya tunggu takde nampak punggung bas pun! Haish! Lama jugak la.. Pastu ada sorang pakcik taxi cakap bas ke kuala besut dah takde sebulan yang lalu.. Dia cakap maybe bas rosak or driver bus sakit.. Erk.. Taktaw la kan ape masalah.. Pastu, kitorang pun naik r taxi ke kuala Besut.. ada dalam 40 minit gitu sampai r kuala Besut.. 


Sampai K.Besut pulak, kitorang terpaksa tunggu bas ke Kuala Terengganu, ada dalam sejam lebih tunggu.. Nak tunggu bas jalan plak ada dalam setengah jam.. Hem..Last2, pukul 6 ptg baru sampai woott... Punya lama wehh... Apa2 pun ni pengalaman yg aku dapat kan...FYI, better korang naik bas direct, lagi jimat dari lompat2.. Lain la kalau rumah korang kena lalu jalan pantai, baru la berbaloi naik bas lompat

0 Response to "Dari KB ke KT 7 jam 30 minit??!!"

Post a Comment