Ku Kehilangan...

Posted by Unspeakablechunks 06:58 0 Komen Bernas


Ku cuba ungkap tabir ini...
Kisah antara kau dan aku..
Terpisahkan oleh ruang dan waktu..
Menuntutkan mu meninggalkan aku..
Ku merasa telah kehilangan..
Cintamu yang telah lama hilang..

Kau pergi jauh kerana salahku..
Yang tak pernah menganggap kamu ada..
Asmara memisahkan kita..
Mengingatkanku pada dirimu..
Gelora.. mengingatkanku..
Bahwa cintamu telah merasuk jantungku..

Sejujurnya ku tak bisa..
Hidup tanpa ada kamu..
Aku gila!
Seandainya kamu bisa..
mengulang kembali lagi cinta kita..
Takkan ku sia2kan kamu lagi..


He says, I say, Who says??

Posted by Unspeakablechunks 00:29 0 Komen Bernas
He says:

Im give up. Wish u heppy always..
Diz will be the last message from me..
Its not that I who can live without u but its u
who can live without me.



I say:









Wish you a happy life! You really dont need me dude!
You already have ur real life..You owez happy without me!
Thnks for everything!

Dari KB ke KT 7 jam 30 minit??!!

Posted by Unspeakablechunks 23:04 0 Komen Bernas






Perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu mengambil masa yang agak lama dari biasa. Ni semua gara-gara naik bas lompat.. Kalau naik bas direct ambik masa 2 jam 30 minit je. Tapi bila naik bas lompat ambik masa dalam 7 jam 30 minit. Lama tak lama. Gila tak gila kan. Berapa kali tukar bas. Adess...Macam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Terengganu je.. Padahal dekat je kot.. Kitorang tunggu bas lompat dekat pasir puteh nak ke kuala besut tapi takde pulak dah hari selasa.. Bas jalan hari jumaat je ke kuala besut.. 


Then, naik lah bas ke jertih yang mengambil masa lebih setengah jam. Bila sampai jertih, cari r bas ke kuala Besut pulak.. Tunggu punya tunggu takde nampak punggung bas pun! Haish! Lama jugak la.. Pastu ada sorang pakcik taxi cakap bas ke kuala besut dah takde sebulan yang lalu.. Dia cakap maybe bas rosak or driver bus sakit.. Erk.. Taktaw la kan ape masalah.. Pastu, kitorang pun naik r taxi ke kuala Besut.. ada dalam 40 minit gitu sampai r kuala Besut.. 


Sampai K.Besut pulak, kitorang terpaksa tunggu bas ke Kuala Terengganu, ada dalam sejam lebih tunggu.. Nak tunggu bas jalan plak ada dalam setengah jam.. Hem..Last2, pukul 6 ptg baru sampai woott... Punya lama wehh... Apa2 pun ni pengalaman yg aku dapat kan...FYI, better korang naik bas direct, lagi jimat dari lompat2.. Lain la kalau rumah korang kena lalu jalan pantai, baru la berbaloi naik bas lompat

It Ends Tonight

Posted by Unspeakablechunks 06:36 0 Komen Bernas


Your subtleties
They strangle me
I can’t explain myself at all.
And all the wants
And all the needs
All I don’t want to need at all.

The walls start breathing
My minds unweaving
Maybe it’s best you leave me alone.
A weight is lifted
On this evening
I give the final blow.

When darkness turns to light,
It ends tonight,
It ends tonight.

A falling star
Least I fall alone.
I can’t explain what you can’t explain.
You're finding things that you didn’t know
I look at you with such disdain

The walls start breathing
My minds unweaving
Maybe it’s best you leave me alone.
A weight is lifted
On this evening
I give the final blow.

[Chorus]
When darkness turns to light
It ends tonight,
It ends tonight.
Just a little insight won't make this right
It’s too late to fight
It ends tonight,
It ends tonight.

Now I’m on my own side
It’s better than being on your side
It’s my fault when you're blind
It's better that I see it through your eyes

All these thoughts locked inside
Now you’re the first to know

When darkness turns to light
It ends tonight,
It ends tonight.
Just a little insight won't make this right
It’s too late to fight
It ends tonight,
It ends when darkness turns to light
It ends tonight,
It ends tonight.
Just a little insight won't make this right
It’s too late to fight
It ends tonight,
It ends tonight.
Tonight,
When darkness turns to light,
It ends tonight.

Tips menghalau/memerangkap Nyamuk

Posted by Unspeakablechunks 00:42 0 Komen Bernas

asal aku balik kampung je, nyamuk mesti nak gigit kulit halus mulus aku ni.. Gatal bukan main! Kadang-kadang aku tak dapat nak tidur malam. Pasang ubat nyamuk pun tak jadi. Hmm.. Muka adik aku habis kena gigit nyamuk, merah2 muka dia.. Nyamuk dah a besar.. kaki pulak ada belang2 putih, macam nyamuk AEDES ajer.  Koloni nyamuk ni dh RESISTANT dengan RIDSECT dan segala jenis ubat nyamuk! Aiyakk!! Tak makan saman punya nyamuk.. Dorang gigit sampai buncit perut, then tak boleh terbag tinggi.. Bila dah jadi macam tu, mak aku pun pergi belasah nyamuk bedebah ni.. Pecah perut dorang. Habis darah nyamuk aka darah kitorang yang dihirup melekat kat dinding. Bukan stakat malam hari je dorang berkeliaran, siang hari pun ada...( sambil katok nyamuk). So, aku google la kat internet mana tau kot2 ada cara tradisional yang boleh dipakai kan... Hope menjadi la nanti...


source: http://bisikanoasis.blogspot.com/2010/10/tipscara-mudah-dan-murah-menghalau.html



TIPS:CaRa MuDaH dAn MuRaH MeNgHaLaU nYaMuK



Kalau digigit nyamuk bukan sahaja gatal malah boleh membawa penyakit denggi yang membawa maut. Kata orang mencegah lebih baik dari merawat, begitu juga dengan nyamuk ni. Sebelum mereka membiak, hapuskan dahulu tempat pembiakan nyamuk.
Kalau rumah kita ada nyamuk, pelbagai cara nak membunuh atau menghalau atau menghalang nyamuk dari mengigit kita. Biasanya orang menggunakan spray nyamuk yang bukan sahaja membunuh nyamuk tapi silap-silap kita yang terkena kesan jangka panjang angkara bahan kimia ni.
Kalau nak menghalau biasanya orang menggunakan lingkaran ubat nyamuk yang baunya macam hampeh tu atau menggunakan cara moden yang menggunakan air atau kepingan yang menggunakan elektrik. Dan kalau nak menghalang nyamuk gunakan cara lama – pasang kelambu.
Ok kali ni isuhangat ingin berkongsi satu cara terbaru iaitu memerangkap nyamuk. Benda ni kita boleh buat sendiri dengan bahan-bahan yang murah.

Bahan-bahan dan tool yang diperlukan.
1. Botol air minuman 1.5 liter
2. Gunting
3. 200 ml air
4. 50 gram gula merah
5. 1 gram ragi
6. Kertas atau kain hitam



Cara pembuatannya:
1. Potong botol di bahagian tengah, simpan di mulut botol dan bahagian bawah botol.mosquito
2. Campur gula merah dengan air panas. Biarkan sehingga sejuk dan kemudian tuangkan di separuh bagian potongan bawah botol.
mosquito
3. Tambahkan ragi. Tidak perlu dikacau. Ini akan menghasilkan karbon dioksida.
mosquito
4. Pasang/masukkan potongan botol bahagian atas dengan posisi terbalik seperti corong.
mosquito
5. Bungkus botol dengan sesuatu yang hitam, kecuali di bahagian atas, dan diletakkan di beberapa
sudut rumah Anda.
mosquito
6. Dalam dua minggu, anda akan melihat banyak nyamuk yang terperangkap dan mati di dalam botol.
mosquito



P/S: Selamat mencuba!

Everything happens for a reason

Posted by Unspeakablechunks 17:47 0 Komen Bernas



Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya..
Sebagai manusia kita perlu menerimanya dengan penuh tabah..
walaupun banyak dugaan yang melanda, kita mesti yakin bahawa setiap yang berlaku pasti ada jalan keluar dan pasti ada baiknya..
Selama ini hidup aku banyak sangat dugaan. dengan segala macam penipuan..tapi bila aku fikirkan balik buat apa nak berdendam dan membenci orang yang aniaya aku..
Aku fikir mungkin Allah nak uji aku sebab sebelum ni aku tak pernah kena ujian seteruk itu..
Sakit memang sakit... tapi sekarang aku berusaha untuk tidak mengungkit kembali kisah yang pahit itu..
Mungkin ujian itu mengajar aku untuk BERSABAR?
Mungkin ujian itu mengajar aku untuk saling MEMPERCAYAI.. bagaimana rasanya ditipu kan...jadi, aku takkan tipu orang lain sebab aku dah belajar betapa sakitnya ditipu..
Dan, orang yang menipu aku tu aku dengar dapat sakit yang bahaya... aku doakan dia insaf dan takkan lagi menipu orang lain...


Kenangan itu..

Posted by Unspeakablechunks 22:22 1 Komen Bernas


Kenangan itu.. Ya.. kenangan itu menggamit lagi.. kenangan yang amat pahit untuk aku telan... Mungkin lebih pahit dari air kopi tanpa gula? Kawan yang disangka boleh diharap, rupa2nya musuh ketat aku selama ni. Rupa2nya ada gunting dalam lipatan. Celaka kau! Disebabkan kau, perwatakan aku berubah menjadi lebih kasar. Aku dah tak percaya kan sesiapa lagi kat dunia ni.. Semua penipu! Dunia memang sangat kejam dengan aku.. Tak masuk itu lagi, kakak angkat yang aku percaya pun menipu aku! WTH!! Kenapa semua orang nak menipu hah!! Sekarang hati aku begitu keras untuk mempercayai sesiapa. Sorry to say, hatiku sudah tidak dapat lagi menerima segala penipuan BODOH mereka!! Aku harap mereka menerima balasan yang setimpalnya kerana menganiayai aku selama ini!!

Aku punya blog, aku punya suka lah!

Posted by Unspeakablechunks 06:48 0 Komen Bernas


Tak payah nak sound sangat la kan cara penulisan aku.. kandungan blog aku ke ape ke kan.. aku punya blog, so suka hati aku lah nak tulis ape pon! Kau peduli apa?? Wa takder kacau lu punya kawasan ma. Baik sikit. Lu ingat lu hebat, lu boleh sound2 wa mentah macam tu?? Lu blum kenal sapa wa. Setakat dalam alam maya blogging wa tak kisah bro..sis... asal wa happy conteng2 blog wa.. Bukan wa conteng blog lu pun.. Tak payah nak sentap sangat la kan...


Zaman sekolah yang bahagia-

Posted by Unspeakablechunks 09:01 0 Komen Bernas








Tiba2 je aku rasa rindu pulak zaman aku sekolah asrama dulu. sebab apa ek? sebab 5 tahun aku kongsi hidup zaman remaja aku dengan kawan2 rapat aku. sekarang masing2 dah sambung belajar kat dalam negara dan oversea. semua hebat. bangga aku.


Teringat balik dulu banyak benda bodoh aku pernah buat masa sekolah asrama dulu. Antaranya:

1. Ponteng PREP. Dah la ponteng p tidoq dalam surau plak tuh. baik punya ponteng. HAHA. lastly, kena tangkap dengan warden. terus BLACKLIST nama ku. Kitorang siap lari lagi, then warden gegeh mengejar. Lelah dia. So, aku pun kesian and memberhentikan larianku yg agak laju. KAH3..


2. Bawak handphone. Waktu tu sekolah aku amat melarang keras kitorang bawak handset. So, aku bawak jugak curi2. Masa spotcheck, kitorang main sorok bawah tempat persembunyian rahsia bawah tanah. HOHO. selamat lah.



3. Masuk dalam tasik tengah2 malam tangkap katak untuk eksperimen Bio. Punya la aku and the geng semangat meredah tasik tu, alih2 dapat katak cekeding je. nak belah pun tak sanggup. Dah la kena tangkap dengan HEA. memang lagi kena BLACKLIST namaku.



4. Fly. ni aku buat bila aku n the geng bosan makan makanan kat Dewan Selera tu. So, aku pun ikut jalan belakang asrama. Pintu pagar kitorang dah potong kat bawah tu senang la nak keluar. HO3.



5. Tiru sign warden. Ni aku buat bila nak outing. Warden tak bagi aku keluar tapi aku bertekad jugak nak keluar. Lastly, aku tiru sign dia. HEHE..Nasiblah pakguard tak perasan.





Shy-shy Cat

Posted by Unspeakablechunks 03:46 0 Komen Bernas
Manusia sering menggunakan perumpamaan haiwan untuk ditujukan kepada seseorang.. seperti contoh malu-malu kucing...Meowwww... Pemes kaum kerabat kucing jah... HOHO... persoalannya, adakah kucing pun reti malu mcm manusia? OR adakah kucing ini menyerupai manusia????...

Adakah begini reaksi kucing2 yg sgt pemalu??...u decide...

Auwww... malu i jah..


Uhuk3..jgn la ambik pic sy nie.. sakit mata tauuu...Meowww!

Ehek3...Jgn la mcm ni u.. i segan auwww....Lobe u too...

Wanginyerr daun nie...nak mkn la..nyum2!

Erkk... seriously, mcm ni ker ragam manusia if termalu-malu???...Uhuk...Why not kite tukar pepatah? Malu-malu pohon semalu? HOHO...Ape2 jer lah...

Universiti Kuat Menyaman

Posted by Unspeakablechunks 18:46 3 Komen Bernas


First time aku jumpa universiti yang kuat menyaman students. Kesian adik aku minggu lepas baru je kena saman. Dah la dia budak foundation. Dia kena saman pun sebab tak register laptop. Saman dah la RM50. Lepas tu yang menyaman tu pulak cakap boleh buat rayuan dikurangkan bayaran saman tu. So, adik aku pergi la buat rayuan. Punya la panjang berjela dia tulis kan, tup tup kena reject?? WTH kn!! Alasannya laptop yg tak diregister tak leh buat rayuan padahal before ni rumets adik aku buat rayuan boleh je. Macam bongok betul! Ni la payah betul study kat public university ni. Semua benda nak kena saman. Saman bukannya sikit, BANYAK pulak tu! Nampak sgt nak kutip duit from students. A big fat WTH to penyaman!! 

Weh, kalau adik aku ni anak menteri ada ke geng2 penyaman ni berani nak saman??? Takder kan? Nampak sgt pihak atasan ni perguna students untuk kepentingan dorang. Anak sendiri tak payah saman tapi anak rakyat yang miskin papa kedana dia nak saman! Konon la Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan ( maksudnya rakyat didahulukan membayar saman2 n cukai2 untuk pencapaian kekayaan Datin R!). Students pun kena saman. Ni dah tahap desperate sgt r tuh nak kasi bini dia makan. Mak aih baju harga beribu, cincin berjuta. Kau ambik kat mana duit2 tu datin R oiiii!!! Dari saman2 students jugak kn?? Kau ingat lah, nanti kat akhirat kau jawab lah semua kekayaan yg kau dpt tu dari mana. Seriously, saman yang adik aku kena tu memang tinggi dari yg sepatutnya.   


Mood: Emo petala ke-8

Nice Song

Posted by Unspeakablechunks 22:22 1 Komen Bernas
Assalamualaikum..

Hye guys. Hari ni aku nak share ssebuah lagu yg dinyanyikan oleh penyanyi feberet aku, Avril lavigne yg bertajuk Wish You Were Here. Memang sempoi lagu2 dia, dats why aku suka. Actually, I want to dedicate this song to someone special who is really meant in my life. Peace-- hehe..







hehe.. sambil2 dengar leh karok sekali beb..

I can be tough, I can be strong
But with you, it's not like that at all
There's a girl that gives a shit
Behind this wall, you just walk through it

And I remember all those crazy things you said
You left them running though my head
You're always there, you're everywhere
But right now I wish you were here

All those crazy things we did
Didn't think about it, just went with it
You're always there, you're everywhere
But right now I wish you were here

Damn, damn, damn
What I'd do to have you here, here, here
I wish you were here
Damn, damn, damn
What I'd do to have you near, near, near
I wish you were here

I love the way you are
It's who I am, don't have to try hard
We always say, say it like it is
And the truth is that I really miss

All those crazy things you said
You left them running though my head
You're always there, you're everywhere
But right now I wish you were here

All those crazy things we did
Didn't think about it, just went with it
You're always there, you're everywhere
But right now I wish you were here

Damn, damn, damn
What I'd do to have you here, here, here
I wish you were here
Damn, damn, damn
What I'd do to have you near, near, near
I wish you were here

No, I don't wanna let go, I just wanna let you know
That I never wanna let go, let go, oh, oh
No, I don't wanna let go, I just wanna let you know
That I never wanna let go, let go, let go, let go
Let go, let go, let go, let go, let go, let go
Let go, let go, let go

Damn, damn, damn
What I'd do to have you here, here, here
I wish you were here
Damn, damn, damn
What I'd do to have you near, near, near
I wish you were here

Damn, damn, damn
What I'd do to have you here, here, here
I wish you were here
Damn, damn, damn
What I'd do to have you near, near, near
I wish you were here


Chow!

Kerja aku Masa Bosan

Posted by Unspeakablechunks 00:58 0 Komen Bernas
Bila aku tengah bosan, mula la tangan ni menggatal nak mengarang, lukis itu ini. Tadi aku tengah bosan, hujan pula lebat, so takleh nak keluar pun. Duduk je la terperap dalam bilik. Nasib ada laptop aku ni, takder la aku tidor je memanjang. Kat bawah ni aku ada buat Quotes pasal diri aku. Even biasa-biasa je aku tetap puas hati sebab memang aku yang buat. Hehehe..;)




Chow!

I Love U

Posted by Unspeakablechunks 20:05 0 Komen Bernas


I Love Everything About U 
And
 I Love U The Most 

I Love The Way U Smile
 
And The Way U Dry
 
My Tears When I Cry
 

I Love The Way U Let Me Listen
 
To Your Heart Beating
 

And The Way U Tell Me
 
Its For Me Who U Living
 

I Love The Way U Hurt Me
 
And Always Come Back
 
To Say Please Forgive Me
 

I Love U For Being
 
Who U R In Front Of Me
 

And For Not Trying
 
To Impress Me
 

I Love Every Word U Say
 
And I Love U In Every Way
 

I Love U
 
Not Because U Love Me Too
 

I Love U
 
Because Your Love Is True

Source: Sweet Jokes

Happy!

Posted by Unspeakablechunks 23:24 2 Komen Bernas

Yeay.. Hari ni aku sangat happy!
Aku pun tak tahu kenapa aku happy.. HAHAHAHA!
ok.. fine.. sebab sesuatu yang baik berlaku terhadapku hari ini...
Kau pehal tersengih-sengih ni?
Suka hati aku lah nak sengih ke masam.. bukan perasaan kau!.. laa...

Can you please stop fooling around?
yeah.. people are happy when good things happen in their life for sure...
Ada ke orang happy kalau bad things happen kat dorang?
tak de kan?
kalau ada pun, mesti dia tuttt...
okay.. taknak cakap.. nanti ade yang terasa plak...

Ala.. kite relax dulu. jom coffee-coffee dulu...hihihi...


                                                     ~gambar ihsan isteri encik google~

Well... bestnye kalau aku dapat wat LOve Coffee macam kat atas ni...hihi...
nak minum pun sayang kan.. cox taknak love tu rosak.. Huh! air untuk minum la bro! ok.. fine..

Ok.. aku tak tahu nak wat entry apa... so aku hentam je apa-apa aku nak taip..
next week aku ada masuk explorace... hope aku menang...$$$$$$$.... hehehehe..

Chow!

Awak...

Posted by Unspeakablechunks 05:35 4 Komen Bernas


Awak..
Hari ni air mata saya jatuh lagi..
Kenapa awak buat saya macam ni?
Saya tak cukup bagus ke untuk awak?
Sedih hati saya..
Saya penat setia dengan awak..
Tapi, awak tikam belakang saya..

Awak..
Awak menipu saya lagi..
Awak suruh perempuan tu tipu saya..
Awak dengan dia bersubahat tipu saya..
Sedihnya hati saya masa tu..
Saya rasa macam tak dihargai..
Selama ni saya banyak tolong awak..
Saya percayakan awak..
Tak sangka awak menipu saya selama ni..
Bukan sekali.. dua kali.. atau tiga kali.. dah banyak kali awak..
Sakitnya hati saya rasa...
Apa salah saya kat awak??..

Awak..
Saya manusia biasa..
Ada hati dan perasaan...
Luka kat hati saya ni payah nak sembuh..
Walau pun peristiwa tu dah lama berlalu..
Luka tetap takkan sembuh sampai bila-bila..
Payah untuk saya lupakan semua tu..
Hope awak faham..
Saya dah naik gila pikir benda ni semua..
Kejujuran dan keikhlasan awak...
Saya harap itu je dari awak..
Tapi sekarang, awak dah punahkan semua kepercayaan saya kat awak..
Maaf la.. saya masih lagi ragu-ragu dengan awak..

Awak..
Kadang-kadang saya berdoa..
Saya harap kita tak pernah berjumpa..
Kalau kita tak pernah kenal, mesti kita takkan gaduh kan?
Saya tak suka gaduh..
Lebih-lebih lagi dengan awak..
Kalau saya marah awak pun..
Lepas tu, saya akan nangis...
Saya rasa menyesal...
Mungkin setakat ni je kisah kita..
Awak cari la seseorang yang boleh bagi kebahagiaan kat awak...

Awak..
Sekarang saya dah tak percaya cinta...
Cinta tu buat saya benci...
Sebab awak, saya takkan terima sape2 lagi dalam hidup saya..
Sebab saya dah tutup pintu hati saya untuk bercinta...
saya fedup awak...
terima kasih sebab wat saya macam ni...
hati dan perasaan saya hanya untuk awak mainkan je kan...
tahniah sebab awk berjaya patahkan hati saya...
dan saya tak mampu untuk ganti hati saya ni...


Best Friend

Posted by Unspeakablechunks 23:10 0 Komen Bernas

Its been a long time...
We have not met...
But I know you are always with me..

When I am sad..
You call me and make me happy..
You try to comfort me and bring my smiles again..
Even my life is sorrow and lonely..
You always come and bring the lights to me..
I know that I’m not alone..


Do you remember when we are together?
We are so innocent..
Keep talking about our future..
But I’m afraid my friend..
We are going to be apart someday..
I need you as I cannot faced the life alone..

The world is not safe for me..
I need someone like you..
Who can guide me to the truth path..
Even you are not with me right now..
I will always remember our promise..

Yeah..
I promise to you my friend..
I will keep that promise..
I will not let you down..
You are my best friend..my soul mate..
I love you forever and always..

Buat adik...

Posted by Unspeakablechunks 04:24 1 Komen Bernas
Buat adik



Adik,
Bila 1st time ayah bgtau “ mak dah bersalin”
Aku hepi giler..
Lepas tu aku tnya ayah..
“laki ke puan?”...  dalam hati aku doakan lelaki...
“lelaki” sambil tersenyum bangga ayah jawab time tu...
“waaaaaaaa! Hepinya!
Akhirnya aku dapat adik lelaki jugak! Best giler! Rasa nak lompat sampai kena bumbung rumah!
Tapi aku tahankan hati.....Allah jer yang tau betapa aku bersyukur time tu....

Adik,
Aku rasa dalam banyak2 adik aku..
Yang ni paling comel... dengan lesung pipit kt dua belah pipi
 Dan adik yang ni jugak paling aku sayang...
Bukan aku berat sebelah dengan adik adik yg lain...
Tapi yang lain perempuan...
Tak kamcenglah beb!
Yang lain aku sayang jugak... tapi yang ni lebihlah sikit!
Kan adik kan?

Adik,
Hari demi hari kau membesar depan mata aku dik...
Beza kita 9 tahun... tapi aku tak rasa pun perbezaan tu..
Antara kita dah tak boleh bak dipisah...
Bila aku dah pandai motor...
Adiklh yang duk kat dalam raga motor...
Tu time kecik...
Bila kau dah makin besar... kau duk belakang pulak....
Bonceng motosikal aku dik.... hahahaha
Yelah... mana nak muat raga tu lagi dengan kau...
Best kan adik?
jalan-jalan kat kampung naik motor?

Adik,
Bila aku dah masuk universiti..
Kita terpisah... aku kat hostel... kau kat rumah....
Mula-mula masuk universiti....
Sunyi aku rasa tanpa kau dik...
Dan tanpa adik-adik yang lain....
Kepala ni asyik fikir nak balik rumah jer....
Main kat sungai dengan kau dan adik yang lain...
Mancing ikan..mandi sungai... kutip kepah....
Panjat pokok jambu.. wat colek..
Tangkap belalang kat sawah... wat umpan mancing ikan...
Best giler dik... sampai sekarang aku tak boleh lupa....

Adik..
Tapi tu mula-mula jer...
Lepas aku dah dapat ramai kawan kat universiti...
Life aku dengan kekawan jer..
Pergi gym.. lepak kat hypermart....main futsal...
Tambah-tambah lepas aku dah ada awek...
Aku main sms.. col pun dengan aweks aku jer dik..
Kalau pun ada col n sms kau... boleh kira berapa kerat jer..
Aku kata aku sayang kau dik...
Tapi aku lupa kau....
Maafkan aku dik....

Adik,
Bila cuti sem hari tu aku balik rumah...
Kau dah pandai bawak motor..
Masa tu kau dah nak masuk 15 tahun...biasa r..
Aku pandai pun masa 14 tahun... lewat kau setahun dik
Selalu gak kita naik motor pusing kampung....
Pergi bandar..
Bila aku malas bawak motor aku suruh kau bawak....
Aku jadi pembonceng...
Sekali sekala nak gak orang lain bawak motor.... hahahaha
Best! Best!

Adik,
Last cuti sem hari tu aku beli badminton sepasang...
Aku punya ‘yonex’
Kau punya cap ayam..biasalah budak-budak mana boleh pakai yang mahal...
Tapi aku ingat lagi dik..
Bersemangat kau time tu...
Mula-mula kita main kat depan rumah jer....
Court tak de... net lagilah takde.....
Lepas tu kau paksa aku dik...
Kau cakap “tak bestlah bang... main mcm ni...”
Kau suruh aku beli net... last-last aku beli jugak....
Kopak duit ptptn aku dik....

Adik,
Bila aku beli net..
Kau terus bersemangat..
Buat court pkai tali ‘rafia’ jer..
Kau tebang buluh buat sangkut ‘net’...
Lagi haru bila dinding rumah arwah atok kau paku buat penyangkut net lagi satu...
Semngat giler kau dik.. mak marah pun.. kau buat ‘derk’ jer
Lepas court dan net jadi-jadian dah siap...
Kita selalu bertanding badminton atas court tu...
Lepas tu jiran-jiran yang lain pun mula menempel sama...
Ramai orang rumah mak kiter....
Petang-petang kita semua main badminton...
Mak kiter yang buat air... buat kuih.....
Kalau bukan mak... mesti adik aku a.k.a kakak kau aisyah...
Best giler time tu....
Tak semena-mena rumah kita jadi tempat bersukan dan berkumpul jiran-jiran....
Dan kita jadi jaguh pasangan beregu time tu...
Hebat kiter kan dik..

Adik,
Kita mula jadi rapat balik time tu...
Kalau sukan menyatukan rakyat....
Tapi kita? Sukan menyatukan adik beradik dan orang-orang kampung...
Hebat kan? Hahahaha
Tapi lepas cuti sem berakhir aku balik kolej...
Ni satu masalah aku dik...
Bila balik kolej... aku mesti lupa kau lagi...
Sms pun tak.... col pun tak.....
Maafkan aku  dik.... aku lupa lagi....

Adik...
Lepas aku balik kolej...
Aku tak tau ape dah jadi kat rumah...
Bila kau exam pmr pun aku dah lupa...
Aku tak col kau pun dik...
Sms wish ‘good luck’ lagilh tak....
Tapi kalau kawan-kawan aku nak final exam..nun yang kat utara.. kat sabah...
Sampai lenguh jari duk tekan meseg...wish ‘good luck’
Habis kredit.. aku top up lagi...
Kalau tang awek aku kat utm tu... aku siap col lagi...
Bagi kata-kata semangat...top up berpuluh-puluh ringgit pun tak pe...
Last-last aku kena tinggal jugak dengan dia...
Bodoh kan aku dik....
Sms sekeping pun aku tak meseg kau bila kau PMR....
Aku lupa hubungan saudara lagi erat dari kawan-kawan dan aweks....
Maafkan aku dik...
Lagi-lagi aku lupa .....

Adik,
Bila cuti study weeks tu...
Aku balik rumah...
Tengok net pun dah tak der...
Court pun dah tinggal tapak jer....
Badminton pun tersangkut jer kat dinding....
Aku balik tengok kau tak de kat rumah....
Bila aku tanya aisyah... dia cakap kau ber’bisnes’ sendiri kat tengah kampung ngan kekawan.
Lepas tu  aku boleh siap tanya lagi..
“adik  tak sekolah ker aisyah?”
Dan aisyah kenakan aku balik...
“dia kan dah habis PMR.. kau tak tau ker?”
Ler...  dungunya ku rasa time tu..
Adik habis pmr pun tak tau...
Tengok? Betapa tak ‘concentratenya aku kat kau’
Walhal kalau aweks aku...
Siap dengan no. i/c dia aku ingat....
Kesian kau dik....
Kat rumah aku rasa bosan...
Tengok spongebob dan danny phantom pun dah tak seronok..
Sebab tak de orang yang nak sama-sama gelak dengan aku...
Last-last aku gelak sorang-sorang...
Tapi tak lama..
Nanti mak cakap aku giler...
Haru aku dik....
Aku tunggu kau balik...
Nak borak ngan kau kat laman rumah....
Tapi sampai ke malam pukul 11 baru kau balik...
Time tu kau pun dah letih...
Balik jer terus tidur..
Aku pun sama...
Penat tunggu kau balik...
Terus tidur......

Adik,
Masa study weeks aku....
Kat rumah....
Sekejap jer kita leh borak...
Sebab kau busy nak p kijer...
Yelah orang business kata kan? Even jual t.up dan accessories handphone...
Business gak tu...
Dalam pada tu sempat gak aku bangga ngan kau dik...
Kecik-kecik dah pandai business...
Hehehehe....
Tapi kan dik...
Aku rasa kita dah makin jauh dah time tu...
Dah renggang...
Dan last-last aku balik kolej....
Macam tu jer....

Adik,
Cuti raya haji time tu memang special....kan?
Sebab family kita dah bertambah 3 orang...
Dan semuanya ....lelaki!
Siap kakak kita yang ke 2 tu berpantang kat rumah kiter... jadi memang akan ada baby lah...
Sebulan raya haji tu......
Dan aku yang memang suka budak-budak memang hepi giler...
Aku tau kau pun sama dik...
Even kau makin busy...
Sampai hari raya pun kau nak kuar pergi kerja tengahari tu....
Lepas mak marah... baru kau duk rumah...
Tu pun aku nampak kau gelisah jer....
Kau memang dah lain dik...

Adik,
Lepas raya haji aku terpaksa balik campus...
Even kekawan lain ramai dah terus sambung cuti sem...
Tapi aku tak boleh...
Sebab aku tersangkut dengan thesis...
Sebelum aku balik sempat aku jumpa kau kat kedai...
Lima minit jer kita jumpa...
Bersalam pun tidak...tapi sempat kau cakap kat aku...
“hati-hati bang”
Aku balik campus dengan perasaan berat hati... siapkan thesis...
Dan Last-last thesis aku siap jugak...
Yeah! Aku dah merdeka!
Aku pun balik kampung...
Time tu aku balik dengan abang kita dan family dia yang lain...
Yelah..dah rumah dia dekat dengan kampus aku kan..
Balik rumah.... macam biasa kau tak der kat rumah... kau kat kedai...
Aku nak pergi kedai pun tak boleh... motor tak der...
Kau bawak kan dik...
Hem... jadi aku kat rumah main dengan budak-budak jerlah....
Tunggu kau balik malam nanti  jerlh..
Baru leh borak....

Adik,
Time maghrib tu... kakak kiter suruh abang sulung hantar anak dia pergi hospital...
Sebab anak dia kena penyakit kuning... budak-budak kan...
Pergilah abang kat hospital dengan aisyah dan anak sedara kiter....
Lama aku tunggu kau kat rumah dik...
Sampai tertidur atas sofa....
Mak dan yang lain-lain tengok berita tv3....
Tiba-tiba pintu rumah diketuk kuat....
Suara lelaki beri salam...berulang kali...
Aku terjaga time tu dik...
Aku bergegas bukak pintu....
Mak dan yang lain-lain terpinga-pinga...
Apahal pulak datang malam-malam ni?
Nak raya ker?
Sebab time tu kan bulan raya lagi....
Baru raya haji ke6....
Lepas aku bukak pintu nampak aqif...
Kawan sebisness kau dik....
Dengan raut muka gelisah....
Dengan suara tertahan-tahan...

Adik,
Kau tau ape aqif cakap time tu?
Aku dalam keadaan mamai tanya dia...
“kenapa?”
Dia pun cakap...
“hafiz!...hafiz!....”
“Kenapa dengan hafiz? Dia tak balik lagi ke? Mana dia?”
Sambil mata aku tercari-cari kau dik..
Dan dia cakap...
“ada orang col! Hafiz excident! Sekarang nak dihantar ke hospital besar! Icu!.. tapi tak pasti lagi dah hantar ke belum!”
Dengan suara tertahan-tahan Aqif menjawab...
 dia macam nak menangis dah time tu... aku tengok dik...
Mata aku yang mamai ni tiba-tiba segar!...
Lantas aku teringat abang sulung kiter yang ada kat hospital daerah...
Terus aku col dia.... aku cakap kau excident dan suruh dia p check kat kecemasan...
Dalam hati aku berdoa.. kau selamat... sikit jer kena...
Lepas kau sihat.. aku nak amik kunci motor...
Tak bagi kau naik motor dah sampai dapat lesen...
Aku tunggu di talian time tu dik! Aku tunggu! Nak tau berita tentang kau...
Dan aku dengar dengan jelas...!
Abang sulung kita tanya kau pasal kau dik!
Kat kecemasan!
Dan lagi jelas bila aku dengar di talian...
Petugas tu jawab...
“tak de!... dia dah tak de...”
Sudah terbukti... qada dan qadarnya... tiada siapa menjangka.....

Adik,
Dunia aku gelap time tu! Tiba-tiba kaki aku ni tak kuat!
Aku rebah di muka pintu rumah kita!
Dengan suara tertahan-tahan...
Abang sulung kita kat hujung talian beritahu...
“Hafiz dah TAKDE...TAKDE....”
Aku time tu dik... tak boleh nak bercakap...
Aku boleh meraung jer....
Aku meraung jer dik....! pintu aku tumbuk sekuat hati....
Tangan aku dah tak rasa apa dah pun time tu...
Adik! Adik!... hanya tu yang keluar dari mulut aku....
Tapi aku tau time tu kalau aku panggil kau sekuat mana pun...
Kau dah tak boleh balas aku dik....
Mak kita dan kakak-kakak kita...
semua dah dapat agak time tu....
Even aku tak bagitau dorang pun lagi dik...
Semua pun ikut menangis.....
mak dengan tangan terketar-ketar amik telefon dari aku...
Dan akhirnya..... mak pun sama macam aku dik....
Meraung...
Akhirnya.... dalam ketidaksedaran aku....
Kau memang betul-betul jauh kali ni dik....
Jauh sangat....
Terasa ingin aku pergi dengan kau dik...
Tak sanggup aku hidup tanpa kau dik....
Tapi akhirnya aku sedar...semua tu tak mungkin...
Dalam keterpaksaan... aku lepaskan kau pergi dik....
Kau pergi jauh dari aku akhirnya...adik.....

Adik,
Sekarang hampir setahun kau pergi dik...
Rumah tu dah sunyi tanpa kau dik....
Patutlah... badminton tersangkut kat dinding jer...
Net pun tak tau kat mana dah....
Court pun dah takder....
Dan kau pun jarang-jarang ada kat rumah dah time tu...
Rupanya tu tanda dah....
Kau nak pergi...
Tapi aku buta....
Aku tak tau pun....
Yang aku tau...
Aku busy dengan thesis aku...
Aku busy dengan aweks dan kawan-kawan aku.....
Aku busy dengan dunia aku...
Sampai aku tak sempat pun gitau kau dik....
AKU SAYANG KAU ADIK.......
Aku menyesal.....

Adik,
Rumah kita dah banyak berubah...
Bilik dah tambah lagi dua...
Court badminton pun dah takde...dah buat tempat letak kereta...
Mak yang buat semua tu...
Mak kata senang nanti...
Kalau semua orang balik....
Tambah-tambah kakak kau yang lagi sorang....
Nini dah nak kahwin....
Tp adik...
Aku tau...
Mak buat semua tu sebab...
Mak tak nak sedih bila tengok court kosong....
Banyak kenangan kat court tu...
Paku kat dinding arwah atok pun ada lagi...
Biarlah... aku tak nak cabut dik....
Tu semua kenangan kau dik...
Memori kita cipta dulu....

Adik,
Air mata aku tak tau banyak mana dah tumpah ni..
Tuala sangkut kat kerusi ni rasanya dah lenjun dengan air mata aku...
Mata aku pun kabur jer taip ‘benda’ ni....
Tak tau ape dah aku mengarut ni....
Nasib aku sorang-sorang kat rumah ni...
Rumah aku dik...
Rumah aku sendiri....
Aku dah dapat kerja sekarang.....
Dah boleh beli rumah pun....Cuma kahwin jer tak lagi...
Aisyah pulak dah sambung belajar kat johor...
Diploma kejuruteraan....
Mak tinggal berdua jer dengan ayah kat kampung....
Kalau kau ada... boleh temankan mereka dik....
Tapi tulah.... takdir tuhan siapa boleh halang.....

Adik,
Aku rasa dah panjang sangat aku coret-coret...taip-taip....
Aku tak tau nak buat apa sebenarnya....
Aku cuti....
Bosan kat rumah sorang.... aku bukak laptop....
Bila bukak laptop... tiba-tiba aku rasa nak menaip....
Dan aku pun menaiplah...
Cerita pasal kau...pasal aku.... dan pasal memori kita.....
Dan aku rasa aku patut sharekan dengan orang lain....
Agar siapa-siapa yang lupa macam aku ni....
Boleh diingatkan..... jadi pengajaran pada semua....
Jangan sampai kehilangan macam aku.... baru nak menyesal....
Bila ada...kita buat-buat tak tahu....
Bila dah tak de...sibuk mencar-cari...
Tapi bila jadi macam ni...carik kat hujung bumi pun takkan jumpa dah.....
Hargai mereka yang ada.... sebelum mereka tiada...
Kita tak tau masa kita.... dan masa mereka....
Bila kita sama-sama menghargai.... kita tak akan menyesal andai terjadi sesuatu nanti....
Sebab kita dah pun bagi yang terbaik untuk yang tersayang.....
Bagi yang naik motor... drive kereta...drive flight...
Ingatlah orang yang tersayang....
Akan ada yang rasa macam aku... jadi macam aku...
Kalau jadi macam ni lagi....
Pesanan ini dibawa oleh aku..... bukan dari penaja.....

Adik,
Akhir kata.... walau aku tak tau kau tengah watpe kat sana sekarang ni...
Walau kau tak boleh baca semua ni....
Kau tak leh tengok semua ni....
Aku tetap nak bagitau kau dik....
Aku sayang kau...
Aku rindu kau....
Dan aku aku harap kau bahagia kat sana dik...
Kalau ada rezeki...
Kita jumpa adik....
Kita jumpa kat syurga nanti...
Sebaik-baik tempat kembali.....
Moga rohmu dicucuri rahmat disana....
Doa aku tak putus-putus  berdoa untuk kau bro....
Kaulah adik aku dunia akhirat....
Salam sayang dari aku..

No copyright